Nov 15, 2022

ROOMSTAY / BILIK @ PEKAN, PAHANG

 2 unit Roomstay sedia menerima tempahan

Setiap roomstay dilengkapi kemudahan asas seperti yang terdapat di hotel

- 2 Katil single 

- In-room shower + toilet

- Air-cond dan kipas

- Water heater

- Televisyen

- Seterika

- Meja

- Botol air dan cawan

- Parking di hadapan roomstay

Lokasi strategik di kawasan Taman Perdana, Peramu, Pekan

Sesuai untuk keluarga kecil yang mencari penginapan yang selesa di Pekan, Pahang.

Untuk maklumat tempahan boleh hubungi Cikgu Halim : 013-9230167


:)


May 12, 2020

TART NENAS DENGAN INTI NENAS PURE HOMEMADE, ACU GUNA GARFU JEE, RUPA TAK...



Tart Nenas Homemade dengan inti nenas buat sendiri. Walaupun rupanya xde sebab acuan guna garfu je *LOL* tapi rasanya sedap, rangup dan crunchy

RESEPI TART NENAS
Jem Nenas:-
-Potong nenas
-Kisar hancur
-Masak atas api bersama setengah cawan gula kastor
-Masak sampai likat
-Biar sejuk & boleh digentel2

Bahan acuan doh (mix semua sebati)
Pukul sampai kembang
-1 biji kuning telur
-1 cawan gula kastor
-1 sudu kecil esen vanila
Baru masukkan
-1 cawan butter/mentega
Mix sebati dan tambah bahan ayak
-2 sudu tepung kastard
-2 sudu tepung jagung
-3 setengah cawan tepung gandum
*Masuk tepung2 tersebut sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lagi melekat di tangan dan senang nak acu

Bentukkan doh supaya jadi macam tart nenas. 
Sis takde alat acuan, guna garfu jerr. 
Boleh tekap dan letak inti jem nenas, gulung2
susun atas loyang yang disapu butter/marjerin
Panaskan oven 170degC selama 5-10minit
Setelah siap semua acuan, letak kuning telur di atasnya
Masuk oven bakar 160degC selama 15-20minit
Gunakan lidi utk cucuk & tentukan dah masak ke belum
Tunggu sejuk sikit, masukkan ke dalam balang kuih
Siap!


May 5, 2020

HOW TO MAKE HONEY LEMON CHICKEN | AYAM LEMON MADU


Ayam Lemon Madu / Honey Lemon Chicken

Bahan2 dan cara2
-Ayam dipotong kecil2
-Perap ayam dalam tepung bestari
-Goreng ayam
Untuk kuah,
-satu sudu tepung jagung bancuh dalam air
-satu sudu madu
-satu cawan air
-hirisan kulit lemon
-perahan air lemon
-gula secukupnya
-garam secukupnya
-perasa sikit
-kacau2 sebati atas api
-masukkan ayam yang digoreng tadi
Kacau2, dah siap!

DADIH RESEPI SEDAP


DADIH cara saya :D

Bahan2 seperti dalam gambar
Masak atas api perlahan,
Cairkan 1 pek serbuk agar2 bersama 5 cawan air
Masukkan 1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
1/4 cawan soya jagung (flavour)
Secubit garam (untuk naikkan rasa)
Kacau sebati
Masuk dalam bekas
Sejukkan dalam peti ais
Selamat mencuba!
😋

Apr 28, 2020

NASI KERABU TUMIS SIMPLE STEP BY STEP



NASI KERABU TUMIS | Step yang simple, ada cukup bahan, semua boleh buat :D


STEP A : BLEND

*Bahan blend*

Bawang merah 10 ulas
Bawang putih 2 ulas
1 sudu Lada hitam
1 inci halia
3 batang serai
3 sudu besar gula / gula melaka
2 sudu teh garam
1 sudu serbuk perasa
Air sikit
Lepas blend, bahagi 2 bahagian


STEP B : REBUS IKAN

2-3 ekor ikan
2 cawan air
2-3 asam keping
1 sudu garam
Siap, angkat, tos, ambil isi ikan
Tumbuk hancur


STEP C : SAMBAL KELAPA
Goreng atas api nyo/kelapa parut
Goreng jangan bagi hangus/hangit
Kacau sentiasa
Masuk bahan blend
Masuk ikan rebus
Kacau sebati


STEP D : SAMBAL TUMIS
Tumis bahan blend
Masuk serai dititik
1 sudu cili kering kisar
1 sudu besar belacan
1 mangkuk kecil gula melaka
1 asam keping
2 cawan santan cairkan dengan sedikit air panas
1 sudu garam
1 sudu cukup rasa
2 sudu budu
Kacau sebati


STEP E : NASI BIRU
Beras dibasuh bersih
Daun limau purut dikoyakkan
Daun pandan
1 sudu teh garam
Air secukupnya


STEP F : SAMBAL CILI
Segenggam cili merah
1 sudu teh garam
1 sudu gula
1 sudu cuka
Blend tak perlu hancur sangat


STEP G : ULAM-ULAMAN
Basuh bersih dengan air garam
Hiris halus-halus
Timun buang kulit
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh
Kacang panjang
Limau kasturi


STEP H : TELUR REBUS
Bersihkan telur masin
Rebus telur 20 minit
Siap, angkat, tos
Belah dua


STEP I : LAUK AYAM/IKAN
Cairkan tepung bestari
Rendam ayam dalam tepung 30
Dalam bekas lain, sediakan tepung bestari, tepung jagung, garam
Sebelum masuk kuali, golek2 ayam dalam tepung
Goreng


STEP J : KEROPOK KEPING
Goreng keropok keping


STEP K : GAMBAR
Ambiklah gambar & video kegigihan anda memasak nasi kerabu


STEP L : MAKAN
Berdoa sebelum makan
Makan dengan rasa syukur dan kagum dengan kebolehan diri


Boleh simpan lauk-lauk yang tak habis ke dalam peti, tahan dari hari isnin ke rabu, sebab nasi ni memang NASI KE RABU :D
Terima kasih kerana menonton dan membaca !!


Lastly, terima kasih mama untuk resepi yang diberi ini ^,^
Simpan sini untuk rujukan masa akan datang.