Apr 28, 2020

NASI KERABU TUMIS SIMPLE STEP BY STEP



NASI KERABU TUMIS | Step yang simple, ada cukup bahan, semua boleh buat :D


STEP A : BLEND

*Bahan blend*

Bawang merah 10 ulas
Bawang putih 2 ulas
1 sudu Lada hitam
1 inci halia
3 batang serai
3 sudu besar gula / gula melaka
2 sudu teh garam
1 sudu serbuk perasa
Air sikit
Lepas blend, bahagi 2 bahagian


STEP B : REBUS IKAN

2-3 ekor ikan
2 cawan air
2-3 asam keping
1 sudu garam
Siap, angkat, tos, ambil isi ikan
Tumbuk hancur


STEP C : SAMBAL KELAPA
Goreng atas api nyo/kelapa parut
Goreng jangan bagi hangus/hangit
Kacau sentiasa
Masuk bahan blend
Masuk ikan rebus
Kacau sebati


STEP D : SAMBAL TUMIS
Tumis bahan blend
Masuk serai dititik
1 sudu cili kering kisar
1 sudu besar belacan
1 mangkuk kecil gula melaka
1 asam keping
2 cawan santan cairkan dengan sedikit air panas
1 sudu garam
1 sudu cukup rasa
2 sudu budu
Kacau sebati


STEP E : NASI BIRU
Beras dibasuh bersih
Daun limau purut dikoyakkan
Daun pandan
1 sudu teh garam
Air secukupnya


STEP F : SAMBAL CILI
Segenggam cili merah
1 sudu teh garam
1 sudu gula
1 sudu cuka
Blend tak perlu hancur sangat


STEP G : ULAM-ULAMAN
Basuh bersih dengan air garam
Hiris halus-halus
Timun buang kulit
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh
Kacang panjang
Limau kasturi


STEP H : TELUR REBUS
Bersihkan telur masin
Rebus telur 20 minit
Siap, angkat, tos
Belah dua


STEP I : LAUK AYAM/IKAN
Cairkan tepung bestari
Rendam ayam dalam tepung 30
Dalam bekas lain, sediakan tepung bestari, tepung jagung, garam
Sebelum masuk kuali, golek2 ayam dalam tepung
Goreng


STEP J : KEROPOK KEPING
Goreng keropok keping


STEP K : GAMBAR
Ambiklah gambar & video kegigihan anda memasak nasi kerabu


STEP L : MAKAN
Berdoa sebelum makan
Makan dengan rasa syukur dan kagum dengan kebolehan diri


Boleh simpan lauk-lauk yang tak habis ke dalam peti, tahan dari hari isnin ke rabu, sebab nasi ni memang NASI KE RABU :D
Terima kasih kerana menonton dan membaca !!


Lastly, terima kasih mama untuk resepi yang diberi ini ^,^
Simpan sini untuk rujukan masa akan datang.