Assalamualaikum hai hai 👋 I wonder ada lagi ke pembaca blog ni. 💆 Topik hari ini tentang bisnes tudung bawal yang pada hari ini diletakkan nama @bypicolala.
Sejarah Bisnes
Meh nak cerita sejarah penubuhan bisnes ni pada era tahun 2014, iaitu waktu sis di zaman degree. Sis berniaga offline je, jual kepada kawan-kawan di kolej, itupun niaga barangan niaga along. Then sis start online guna ig bisnes along *sincerelybyussabah if im not mistaken. Tahun 2015 time sis sambung Master lagi aktif. Sis tukar nama jadi *alongangahlala.co ngeh2 time tu jual skirt extender dan shawl, sis jadi dropship orang, boleh la ramai order sebab rajin post, rajin lukis. Then tahun 2018 kot sis start tukar nama @bypicolala , time ni sis dah bertunang 😁 pico tu nama ehem ehem (skrg dah jadi suami) lala tu nama sis la. Kenapa tak guna nama Sitot? takpelah sis guna untuk blog ni heheh. Okay sampai sekarang (2019-present) namanya @bypicolala dengan kepelbagaian tudung bawal untuk semua bidang ada. Boleh usha usha untuk beli okay mur mur je :)
Kisah @bypicolala
@bypicolala ni memang tak berapa nak establish lagi, tak semegah macam jenama-jenama besar yang lain. Yelah followers pun baru 6000++ je sobs. Gambar pun sis guna handphone sahaja, cikai2 je, tiada studio, tiada butik, 100% online dari rumah je, tudung ekonomi sangatt. Bukan tak mau upgrade, tapi kita sedar kemampuan kita tahap mana, untung sikit2 demi sesuap Auntie Anne lols, tapi kita usaha la sikit untuk upgrade dari segi kualiti kain dan kepelbagaian biodiversiti tudung.
Janji harga mampu milik kan, kang cek pi upgrade besaq2, modal kena besaq2, jual pun kena harga mahai, hangpa jugak tak mau beli yedokkk. Tapi jual murah bukan sekadar jual murah, kita berharap dengan tudung ekonomi customers kita dapat miliki tudung yang berkualiti terutama bidang labuh2.
Soal kualiti. Semua peniaga tudung claim tudung depa berkualiti, tapi kena tengok jugak feedback customers macamana, kita rasa tudung kita dah berkualiti tapi bagi customers dorang rasa tak menepati citarasa dengan kualiti yang depa harapkan tak best jugak kan lagu tu. So yang tu kita memang tak mau overclaim la, hang boleh tengok sendiri di ig #feedbackpicolala.
Walaupun tak berapa nak megah sangat @bypicolala ni tapi dari segi customers Alhamdulillah bukan takat students je yang beli, cikgu2, doktor2, lawyer2, pegawai2 tinggi, ibu2 laki orang, boyprend orang semua lapisan lah dah beli tudung ekonomi kita ni. Dalam sehari tu mesti ada je customers baru yang whatsapp dan place order, customers lama apetah lagi untuk repeat order.
Dan Alhamdulillah, bila @bypicolala ni dah expending, sis sorang je yang handle tak cukup tangan, sis buka platform untuk orang lain jana pendapatan side income melalui program dropship/agen. Walaupun margin/keuntungan tak la tinggi mana, tapi atleast lepas la duit makan kalau hat yang rajin la naa. Contoh selai tudung dropship dapat komisyen rm2, customers kalau beli paling koman 3 helai, 3 x 2 dah dapat rm6. Kalau lagi banyak customers, lagi banyak helai dia beli kan dah banyak tu dapat komisyen 😇
Kita just berharap satu hari nanti platform tu akan berkembang dan dapatla kita grow business ni ke arah lebih maju gittew. Itulah alkisahnya. Until then, thank you so much kepada yang membaca. Nak lagi best beli lah weyy tudung @bypicolala hahaha. choww