.Cintailah Dia yang menciptakan CINTA terlebih dahulu.
Serahkan hatimu sepenuhnya pada Dia.
Jangan cicirkan serpihan HATI kamu walau sekeping pun.
Iblis sentiasa mengekori setiap satu langkahmu,
cuba mencuri keping-keping HATI yang tercicir itu dan meletakkannya pada tempat yang salah. Percayailah janji ALLAH yang Maha Lembut,
saat kita benar-benar ikhlas menyerahkan HATI itu padaNya, Dia akan mengunci HATI itu pada insan yang berhak memegang kuncinya..
khusus buat ADAM dan HAWA:
untuk adam.. andai mahu mencari hawa..
1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..
lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..
fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..
sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..
andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..
khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..
andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..
andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..
andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..
andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..
khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..
renungkanlah..;-)
2 comments:
ada makna ke tu?
makna ? hehe..
Post a Comment